I'm searching.... |
Insan inilah....
Insan di sebalik insan lain,
Insan yang mencoret kalimah-kalimah cinta,
Kalimah-kalimah yang diukir halus penuh ikhlas,
Insan yang perlu di beri perhatian kerana inginkan perhatian,
Insan yang dalam hatinya ada taman kasih yang indah,
Penuh bunga harum semerbak ,
Padanya,
Penuh idea mencurah-curah bak air pili bomba yang pecah,
Wahai pencari cinta,
Kenapa?
Mentega kacangku,
Tak mampukah menampal retak-retak luka hatimu?
Air kopi ghalib semalam,
Tak mampukah menjernikan rasa kecewamu yang kelam?
Wahai pencari cinta,
Engkau....
Insan bernama kekasih?
Owh bukan
Itu lagu UNIC kegemaranmu
Engkau...
Insan bernama Syed ahmad fathi.
Pencari cinta itu
Semoga kau ketemu mutiara itu,
Disebalik biasan dunia yang menguji.
ps: Ramai minat tulisan kau Fathi.Siap ada yang suruh aku sambung lagi cerita pasal cuan.Haha.Itu tulisan kau.Kau nak sambung bagitau aku.Manalah tahu boleh jadi novel nanti
Post a Comment