Hakikat Panas,Sejuk,Nikmat dan Sengsara.

Sejuk dan Panas.



Alhamdulillah,selamat tiba di bumi Soviet Unioun tercinta ini 7 haribulan.Tiba di sini dan tiba-tiba hilang segala memori-memori cuaca panas di Malaysia dalam fikiran.Secara tiba-tiba. Musim panas yang sepatutnya waktu dan musim yang panas rupa-rupanya hanya nama sahaja seperti kacang panjang(kacang panjang tu panjang ke?pendek je kan.haha.minta maaf mengarut).Kat sini sudah di takat 15 darjah celcius ke bawah dan akan lebih sejuk bila hujan.Boleh jadi 10-9 darjah Celcius.Boleh tahan sejuk dah tu.Mungkin di sini sejuk sangat dan buat aku terlupa tentang apa itu panas. 



Tetapi sewaktu di Malaysia pula, aku boleh lupa rasa sejuk di Moscow.Ada jugak kawan-kawan yang bertanya , “Sana sejuk macam mana? Secara jujur aku sedikit blur dan pikir panjang jugak untuk menjawab.Hanya mampu berkata "Sejuk menggigil yang sakit dan tiada istilah sejuk mata memandang waktu musim salji".Mungkin di Malaysia panas sangat dan buat aku terlupa tentang sejuk.

Hakikat Nikmat dan Sengsara.

Teringat sabda Rasulullah s.a.w. 

“Pada Hari Kiamat dibawa seorang penduduk dunia paling nikmat kehidupannya yang menjadi orang ahli neraka. Dia dicelup ke dalam neraka satu celupan sahaja, kemudian dia ditanya: “Wahai anak Adam, pernah engkau melihat kesenangan? Pernah engkau mendapat kenikmatan? Jawabnya: “Tidak! Demi Allah, wahai Tuhanku!”. Lalu dibawa seorang penduduk dunia yang paling derita kehidupannya yang menjadi ahli syurga. Dia dicelup ke dalam syurga dengan satu celupan sahaja, kemudian dia ditanya: “Wahai anak Adam, pernahkah engkau melihat penderitaan? Pernahkah engkau mengalami kesusahan? Jawabnya: “Tidak! Demi Allah, wahai Tuhanku!. Aku tidak pernah melihat penderitaan. Aku tidak pernah mengalami kesusahan”. (Riwayat Muslim). 

Manusia yang merasai seperit-perit derita di dunia boleh lupa segala derita itu bila dicelup ke dalam syurga.
Manusia yang pernah mempunyai segudang kemewahan di dunia boleh lupa segala nikmat itu bila dicelup ke dalam neraka.

Nikmat syurga melupakan kita kepada segala derita dunia, sementara deritanya di neraka melupakan kita kepada segala kenikmatan dunia.
Kerana di dunia ini bukan hakikat nikmat dan derita yang sebenar.
Kerana hanya di akhirat kelak nanti ada sehebat-hebat nikmat,sehebat-hebat derita.

Aku dah merasai sejuk yang teramat di Russia,kadang-kadang sampai negative 20 lebih dan saat itu aku boleh lupa tentang panas,apa rasanya..
Di Malaysia, aku dah rasa panas terik Khatulistiwa lagi-lagi waktu tengah hari dan memang aku lupa semua rasa sejuk di moscow.
Bagi yang pernah lalui mungkin lebih faham.
Begitu juga dengan rasa nikmat dan sengsara.Di sanalah hakikat nikmat dan sengsara yang sebenar.
Ini cuma analogi aku yang tak seberapa je.:)

Semoga nikmat yang hakiki yang kita cari,bukan mencari belayan angin nikmat duniawi yang hanya sementara ini.Kena check balik kompas hidup kita ke arah mana sekarang ini.

Apa pun selamat menjalani Sem baru.


Hectic and pathetic.Moscow

ps:minta maaf guna bahasa pasar.aku memang tak akan aktif dalam dunia blogging ni.


Apa yang Aku Tiada

Petang di Russia

Kenapa masih ada kekurangan?
Aku ada tangan  dan kaki yang kuat,
Mata yang sihat,
Telinga yang hebat,
Tubuh badan yang sihat.

Tetapi 
Aku tiada
HATI

Tanpanya,

Tanganku tak mampu untuk memberi,
Kakiku tak mampu menuju ke tempat yang dekat dengan Ilahi,
Mataku melihat benda-benda yang bukan fitrah,
Telingaku masih mendengar benda-benda fitnah,
Tubuhku yang sihat ini tak mampu mengangkat selimut yang ringan,
Dan bangun menunaikan solat. 


Pandangan mata selalu menipu,
Pandangan akal selalu tersalah,
Pandangan nafsu selalu melulu,
Pandan hati itulah yang hakiki,

Kalau hati itu bersih


MARI TONTON VIDEO INI

 

ps:video ini diberi oleh ayahku sewaktu cuti summer yang lepas.Terdetik hati untuk mencari.Alhamdulillah jumpa.Terima kasih abah!!





Kertas Putih

Mungkin kertas ini

Pagi yang ceria di kelas tingkatan 5 Gigih.

"Apa yang kamu nampak dari kertas putih ini?",tanya Cikgu Syafiq kepada anak muridnya.
'Titik hitam cikgu!",jawab Adam dengan penuh keyakinan.
"Bagus Adam.Jawapan kamu betul tetapi kurang tepat.Ada yang ingin mencuba?",tanya Cikgu Syafiq lagi.
"Titik dakwat pen hitam cikgu",jawab Fatin.
"Hehe.Perincian yang bagus Fatin tetapi masih kurang tepat ye.Aaa Faiz,macam ada sesuatu yang simpankan je.Boleh cuba.Salahpun tak pe"
"Ehem...Macam tahi lalat Adam je cikgu".
Riuh tiba-tiba kelas 5 Gigih itu dengan hilai ketawa dek gurauan Faiz tadi.
"Haha.Jawapan tu sangat tak tepat Faiz tetapi tepat kena kat Adam.Nanti semua kena mintak maaf kat Adam."
"No problem cikgu tapi apa jawapan yang TEPAT cikgu?",tanya Adam kerana muskil.
"Jawapannya adalam kertas putih"
Aik...

Jawapan yang menjadi persoalan

Kenapa kertas putih jawapannya bukan titik hitam?
Kenapa ramai yang memilih titik hitam itu?
Kerana ia jelas kelihatan dikertas itu berbanding sesuatu yang lain?

Tetapi....
Bukankah titik hitam itu lebih kecil berbanding putihnya kertas putih itu?
Warna putih itukan lebih besar peratusnya berbanding titik hitam?
Jadi sepatutnya PUTIH KERTAS kan?

Ibrah.

Mudahkan melihat atau terjumpa kesalahan orang lain.Ia boleh diibarat titik hitam di atas kertas kertas putih.Sangat jelas sejelas-jelasnya.Tak usah dicari atau diselidik.Tidak salah terjumpa TITIK HITAM  itu tetapi menjadi kesalahan apabila anda menilai ia adalah TITIK HITAM.

Itu adalah SUUZON(bersangka buruk).
Contoh pelajar yang lewat kali pertama datang ke sekolah dan tiba-tiba dicop oleh pengawas sekolah bahawa dia adalah seorang yang tidak berdisiplin.Walhal itu adalah kesalah kali pertamanya ibarat TITIK HITAM yang kecik itu dan terlupa 99 peratus lagi dirinya. Mungkin 99 peratus dalam dirinya adalah baik.

Itu adalah antara contoh mudah yang realistik yang mungkin selalu berlaku dalam kehidupan. Mungkin saya.kau dan kamu semua. Cuma untuk perkara yang berbeza sahaja.

Memang benar,banyak manusia,banyak ragam,banyak manusia,banyak macam-macam.
Tetapi itulah asam garam kehidupan. Ingatlah firman Allah dalam Surah Al-Hujuraat ayat 12 




Wahai orang-orang Yang beriman! jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan Yang dilarang) kerana Sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya Yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya Yang telah mati? (jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadaNya. (oleh itu, patuhilah larangan-larangan Yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.” (Al-Hujurat : 12)


Siapalah kita untuk menilai manusia. Hanya Allah berhak menilai manusia kerana hanya Dia yang mengetahui bisikan hati-hati ciptaanNya itu

"Dan rahsiakanlah perkataanmu atau nyatakanlah. Sungguh, Dia Maha Mengetahui segala isi hati."
[al Mulk, 67:13]

Semoga sedikit peringatan ini dapat membawa kita untuk bermuhasabah kembali serta membaiki hubungan sesama manusia.Bersangka baik dengan rakan-rakan anda dan yang paling penting bersangka baik terhadap Allah.

Wallahua'lam.


“Seandainya engkau menyampaikan keburukan saudaramu, jika itu benar, maka bererti kamu sudah membuka aib saudaramu, dan jika itu salah, maka engkau sudah melakukan fitnah”




Berkorban atau Kalah?

Assalamualaikum

Pernah main catur? 
Tahu tak istilah FORK? 
Fork bermaksud garfu.Garfu?? 
Tetapi di dalam permainan catur, fork adalah taktik yang menggunakan satu buah catur untuk menyerang dua atau lebih buah catur pihak lawan. Ini adalah satu strategi yang effektif untuk mendapat material advantage kerana pihak yang diserang tidak dapat melawan semua ancaman tersebut.Hanya satu buah sahaja yang dapat digerak dan pasti satu buah akan dikorbankan.Sangat tricky untuk pihak yang diserang kerana dia diuji MEMBUAT PILIHAN.

Knight biasanya digunakan untuk taktik ini kerana mempunyai kebolehan yang unik dalam bergerak dan berbeza seperti boleh melompat buah-buah lain.

Contoh fork:


Dari gambar ini,knight sedang menyerang king dan rook."knight is forking the black king and rook"dan pihak yang diserang tidak dapat mempertahankan kedua-dua buah tersebut.Dia diuji MEMBUAT PILIHAN dan dalam situasi ini pihak hitam tiada pilihan.King harus dialihkan.Anda kalah kalau buah King DIKORBANKAN.


Ibrah..
(Ini cuma analogi yang tak seberapa)

Buah rook sangat bernilai.Dengannya anda boleh menguasai satu garis melintang atau menengak.Tetapi,buah King lagilah teramat penting.Kalah atau menang anda dalam permainan ini bergantung padanya.Tujuan permainan catur adalah untuk mempertahankan buah King.

Jadi, bayangkan
Rook adalah harta kita,hiburan kita,,dunia kita.
King adalah deen kita.
Mana yang anda pilih?
Mana yang anda KORBANKAN?
Kita sebenarnya didalam medan permainan.Ada tujuan dan ada yang anda perlu anda pertahankan dan KORBANKAN.Namun,masih ramai yang buta menilai,masih lena dan leka dibuai mimpi yang palsu.Menjadikan dunia sebagai keutamaan.

Dan hakikatnya anda KALAH.

Teringat pesan sahabat aku.Nak tahu sejauh mana cinta kita kepada Allah adalah bila cinta Allah itu bertemu cinta-cinta yang lain.Contoh mudah, bila anda terdengar azan dan waktu itu anda sedang membuat kerja atau bermain,apa yang anda buat? Teruskan kerja tersebut atau pergi ke surau untuk menunaikan solat.Contoh mudah seperti permainan catur tadi tetapi tidak mudah dilakukan bila tiada keinginan untuk BERKORBANKAN.


Jadi apa konklusi anda sekarang?
Korbankan buah "knight"
Ataupun buah"King
yang ada dalam kehidupan kita sekarang?


Semoga akal kita tahu,
Hati kita mahu,
Nafsu kita mampu,
TAHU, MAHU dan MAMPU untuk BERKORBAN dan MEMILIH. 


Sedikit video menarik tentang siapakah itu LOSER oleh Nouman Ali Khan 

 


Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintahNya). Dan (ingatlah), sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi. (Al-Munaafiquun 63:9)




Bukti cinta

                                                                    


Kau boleh susun kata cinta
seindah mentari,
Kau boleh gambarkan dengan kata
seluas bumi,
Tapi hakikat terlihat tak hanya ucapan
dan ungkapan,
Jika amalan tak kelihatan,
Yang jadi bukti cinta sejati,
Bukan cuma ayat manis atau coret puisi,
Tapi hati terisi iman tak belah bagi,
Menjelma jadi perjuangan tak kenal
berhenti,
Akhlaknya menjadi cermin
Wajahnya pada tindakan
Bukan palsu solekan
Dan tuhan sentiasa hadir ditakbir jiwanya

Serlahkan rupa cinta,
PadaNya
Dan rasulNya




"Tidak sempurna iman sesiapa di kalangan kamu sehinggalah diriku lebih dikasihinya berbanding kasih kepada orang tuanya dan anak bahkan sekalian manusia” [riwayat al-Bukhari, Muslim, an-Nasa’ie dan Ibn Majah]

Pencari cinta itu

I'm searching....

Insan inilah....

Insan di sebalik insan lain,
Insan yang mencoret kalimah-kalimah cinta,
Kalimah-kalimah yang diukir halus penuh ikhlas,
Insan yang perlu di beri perhatian kerana inginkan perhatian,
Insan yang dalam hatinya ada taman kasih yang indah,
Penuh bunga harum semerbak ,
Padanya,
Penuh idea mencurah-curah bak air pili bomba yang pecah,

Wahai pencari cinta,
Kenapa?
Mentega kacangku,
Tak mampukah menampal retak-retak luka hatimu?
Air kopi ghalib semalam,
Tak mampukah menjernikan rasa kecewamu yang kelam?

Wahai pencari cinta,
Engkau....
Insan bernama kekasih?
Owh bukan
Itu lagu UNIC kegemaranmu
Engkau...
Insan bernama Syed ahmad fathi.


Pencari cinta itu




Semoga kau ketemu mutiara itu,
Disebalik biasan dunia yang menguji.


ps:  Ramai minat tulisan kau Fathi.Siap ada yang suruh aku sambung lagi cerita pasal cuan.Haha.Itu tulisan kau.Kau nak sambung bagitau aku.Manalah tahu boleh jadi novel nanti


Cuan keji

Siapakah cuan?
Aku tidur awal malam semalam. Malam yang sejuk namun selesa diselimuti alunan heater yang memanaskan badan. Namun tidur ku sedikit terganggu dengan hilaian gelak ketawa Cuan di bilik sebelah. Entah apa drama Korea yang dilihatnya membuatkan dia ketawa berdekah sebegitu. Namun ku kuatkan azam. Menutup rapat kesemua helaian bulu mata. Tidur yang terganggu tadi kini lena semula apabila aku mula terbayang saat indah cinta pertama dulu. Lama kelamaan aku tenggelam dalam mimpiku sendiri. Tenggelam dalam mimpi indah.

Aku terbangun pagi itu. Terasa ada sedikit cecair di ahagian pipi kiri ku. Rupa-rupanya ianya air liur hangat yang meleleh saat aku tidur malam tadi. Ku paksa badan yang penat dan kepala yang masih mamai melangkah ke kamar bilik air. Paip ku pulas dan air ku lumurkan ke semua anggota wudu'. Tiada yang lebih indah dipagi hari selain dimulakan dengan kehangatan solat subuh.

Selesai aku bemunajat seketika berfikir dan berdoa dihening embun pagi.Ku halakan muka ke pancaran cahaya skrin laptop Dell XPS ku. Laptop yang selama ini sangat ku banggakan kerana teknologinya mendahului laptop Acer dan Compaq rakan-rakan ku yang lain. Ku taip perkataan 'Facebook' di enjin Google. Satu persatu pasword ku taip bagi mengaccess akaun ku.

Terpanar aku seketika melihat button kecil merah disudut kiri atas laman sosial tersebut. Dengan hati yang berdebar debar dan perasaan yang becampur baur aku klik pada kekunci itu. Rupa-rupanya ada sesuatu berlaku malam semalam. Dekahan yang ku sangka berpunca dari cerita Romantis Korea kegilaan remaja perempuan masa kini rupa-rupanya hanyalah palsu. Palsu ibarat iklan makanan segera di kaca televisyen.




written by Syed ahmad fathi

Hari silih berganti.


Saat berlalu,minit berganjak,jam bertukar,hari berganti,minggu belum berlalu.Ketibaan aku di Moscow setelah 10hari mencari cinta di bumi Anbiya' ku sangka berakhir dengan kegembiraan seperti kebiasaan cerita melayu.Tetapi aku silap,kali ini aku salah.Layanan yang diberikan sangat baik,aku sangkakan segala perancangan di dalam benak fikiran menjadi kenyataan.Demi menjadi seorang yang bertanggungjawab,aku sempat membeli sebuah buku di PMRAM bertajuk 'Rahsia perkahwinan' .

Dalam buku tersebut banyak mengisahkan tentang cinta dalam Islam,dan tips-tips dalam menjayakan sebuah rumahtangga berlandaskan Islam.Hari ini jugak aku sangat seronok,aku sangat gembira.Aku menjamukan kawan-kawan satu 'batch' aku dengan nasi goreng dan ayam bakar.Tiba-tiba,dalam keseronokan itu,sekeping mesej,sekeping mesej yang merubah madu jadi bisa,nikmat jadi musibah,suka menjadi duka,manis menjadi tawar.Hati yang berbunga tiba-tiba berubah menjadi padang yang tandus.Seperti padang jarak padang tekukur.

Pedih!Pedih hati ini bagai ditucuk dengan besi.Hati yang pedih merelakan jua.Bukan hati ini yang kering,tapi suasana yang mengizinkan.Dibantu rakan-rakan,aku sangat lega walaupun tidak rela.Aku tahu,cinta kan bunga,layu.Cintakan dunia,hilang.Cintakan manusia,mati.Cintakan Allah kekal abadi. :)

Hidup yang ku damba musnah.Bagai debu ditiup angin kencang,hilang sekelip mata.Bernafas di musim sejuk umpama pengidap asma yang mengharapkan ubat pembantu pernafasan.Begitulah sukarnya melafazkan kata yang tersirat.Hati yang duka seakan-akan memberontak,merasakan kekosongan di jiwa.Buat engkau di sana,terimalah serangkap pantun dari aku :

                                  Embun sejuk di pagi hari,
                                  kian pudar menjelang senja,
                                  cinta yang hadir ibarat pelangi,
                                  namun hilang begitu sahaja.

                                  Ku sangka panas hingga ke petang,
                                  rupanya hujan di kedai roti,
                                  jangan di tangis cinta yang hilang,
                                  semoga hidup sentiasa diberkati.



written by Syed ahmad fathi


Terkesima

1:43 PM Posted by Akmal Sabri 2 comments




Hati berdebar-debar.Cinta yang selama ini ku dambakan kini  musnah ibarat iPhone 4 jatuh dari
bangunan lima tingkat.Jatuh berkecai.Hati yang mengharap kini hampa. Hampa itu terasa dan terkesan lebih mendalam lagi kerana yang merampas cinta dari tangan ku merupakan teman yang selama ini ku percayai dan ku sanjungi.

tak ku sangka. Kepercayaan yang aku berikan selama ini di ratah dan dirobek dengan rakusnya. Ibarat anjing liar lapar merobek tong sampah di belakang rumah flat kos rendah.

Namun apatah daya.Andai ini takdirnya aku terima dengan hati yang redha dan merelakan.Walaupun jauh di lubuk hati ada luka yang dalam . Yang kian lama semakin parah dan bernanah.namun ku relakan segalanya.Mungkin ini yang terbaik buatku.bak kata pepatah "Bunga bukan sekuntum , kumbang bukan seekor (Kumbang mana ada ekor)".

Ku lalui hari-hari meredah salji dengan tabah.Salji yang turun mencurah-curah dahulunya membahagiakan.Kini segalanya tawar. Air teh Ghalib yang ku minum selama ini juga menjadi tawar walaupun sudah tiga sudu gula ku tambah. Ku mengharap sesi pelajaranku di MAI ditemani salji dan cinta jarak jauh yang membahagiakan ibarat sonata musim salju kini menjadi sebuah kisah tragedi sedih seperti cerita One litre of tears (Cerita sedih kegemaran aku).

Kini baru ku sedar cinta sesama manusia tidak kekal abadi.Ibarat salji di musim sejuk akan cair apabila tibanya musim bunga. Namun ku teruskan kehidupan kerna ku tahu masih ada lagi cinta yang boleh ku kejar. Ibarat kata seorang sarjana barat Florent Molouda "You never fail until you stop trying".



written by Syed ahmad fathi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...