Siapakah cuan?
Aku tidur awal malam semalam. Malam yang sejuk namun selesa diselimuti alunan heater yang memanaskan badan. Namun tidur ku sedikit terganggu dengan hilaian gelak ketawa Cuan di bilik sebelah. Entah apa drama Korea yang dilihatnya membuatkan dia ketawa berdekah sebegitu. Namun ku kuatkan azam. Menutup rapat kesemua helaian bulu mata. Tidur yang terganggu tadi kini lena semula apabila aku mula terbayang saat indah cinta pertama dulu. Lama kelamaan aku tenggelam dalam mimpiku sendiri. Tenggelam dalam mimpi indah.Aku terbangun pagi itu. Terasa ada sedikit cecair di ahagian pipi kiri ku. Rupa-rupanya ianya air liur hangat yang meleleh saat aku tidur malam tadi. Ku paksa badan yang penat dan kepala yang masih mamai melangkah ke kamar bilik air. Paip ku pulas dan air ku lumurkan ke semua anggota wudu'. Tiada yang lebih indah dipagi hari selain dimulakan dengan kehangatan solat subuh.
Selesai aku bemunajat seketika berfikir dan berdoa dihening embun pagi.Ku halakan muka ke pancaran cahaya skrin laptop Dell XPS ku. Laptop yang selama ini sangat ku banggakan kerana teknologinya mendahului laptop Acer dan Compaq rakan-rakan ku yang lain. Ku taip perkataan 'Facebook' di enjin Google. Satu persatu pasword ku taip bagi mengaccess akaun ku.
Terpanar aku seketika melihat button kecil merah disudut kiri atas laman sosial tersebut. Dengan hati yang berdebar debar dan perasaan yang becampur baur aku klik pada kekunci itu. Rupa-rupanya ada sesuatu berlaku malam semalam. Dekahan yang ku sangka berpunca dari cerita Romantis Korea kegilaan remaja perempuan masa kini rupa-rupanya hanyalah palsu. Palsu ibarat iklan makanan segera di kaca televisyen.
written by Syed ahmad fathi
February 4, 2011 at 12:33 AM
Cuan mestilah yang tak hensem belah kiri tuh.
October 22, 2012 at 11:39 AM
ape cerita dia nih? tergantung. zzzz