Hakikat Panas,Sejuk,Nikmat dan Sengsara.

Monday, September 12, 2011 1:54 PM Posted by Akmal Sabri
Sejuk dan Panas.



Alhamdulillah,selamat tiba di bumi Soviet Unioun tercinta ini 7 haribulan.Tiba di sini dan tiba-tiba hilang segala memori-memori cuaca panas di Malaysia dalam fikiran.Secara tiba-tiba. Musim panas yang sepatutnya waktu dan musim yang panas rupa-rupanya hanya nama sahaja seperti kacang panjang(kacang panjang tu panjang ke?pendek je kan.haha.minta maaf mengarut).Kat sini sudah di takat 15 darjah celcius ke bawah dan akan lebih sejuk bila hujan.Boleh jadi 10-9 darjah Celcius.Boleh tahan sejuk dah tu.Mungkin di sini sejuk sangat dan buat aku terlupa tentang apa itu panas. 



Tetapi sewaktu di Malaysia pula, aku boleh lupa rasa sejuk di Moscow.Ada jugak kawan-kawan yang bertanya , “Sana sejuk macam mana? Secara jujur aku sedikit blur dan pikir panjang jugak untuk menjawab.Hanya mampu berkata "Sejuk menggigil yang sakit dan tiada istilah sejuk mata memandang waktu musim salji".Mungkin di Malaysia panas sangat dan buat aku terlupa tentang sejuk.

Hakikat Nikmat dan Sengsara.

Teringat sabda Rasulullah s.a.w. 

“Pada Hari Kiamat dibawa seorang penduduk dunia paling nikmat kehidupannya yang menjadi orang ahli neraka. Dia dicelup ke dalam neraka satu celupan sahaja, kemudian dia ditanya: “Wahai anak Adam, pernah engkau melihat kesenangan? Pernah engkau mendapat kenikmatan? Jawabnya: “Tidak! Demi Allah, wahai Tuhanku!”. Lalu dibawa seorang penduduk dunia yang paling derita kehidupannya yang menjadi ahli syurga. Dia dicelup ke dalam syurga dengan satu celupan sahaja, kemudian dia ditanya: “Wahai anak Adam, pernahkah engkau melihat penderitaan? Pernahkah engkau mengalami kesusahan? Jawabnya: “Tidak! Demi Allah, wahai Tuhanku!. Aku tidak pernah melihat penderitaan. Aku tidak pernah mengalami kesusahan”. (Riwayat Muslim). 

Manusia yang merasai seperit-perit derita di dunia boleh lupa segala derita itu bila dicelup ke dalam syurga.
Manusia yang pernah mempunyai segudang kemewahan di dunia boleh lupa segala nikmat itu bila dicelup ke dalam neraka.

Nikmat syurga melupakan kita kepada segala derita dunia, sementara deritanya di neraka melupakan kita kepada segala kenikmatan dunia.
Kerana di dunia ini bukan hakikat nikmat dan derita yang sebenar.
Kerana hanya di akhirat kelak nanti ada sehebat-hebat nikmat,sehebat-hebat derita.

Aku dah merasai sejuk yang teramat di Russia,kadang-kadang sampai negative 20 lebih dan saat itu aku boleh lupa tentang panas,apa rasanya..
Di Malaysia, aku dah rasa panas terik Khatulistiwa lagi-lagi waktu tengah hari dan memang aku lupa semua rasa sejuk di moscow.
Bagi yang pernah lalui mungkin lebih faham.
Begitu juga dengan rasa nikmat dan sengsara.Di sanalah hakikat nikmat dan sengsara yang sebenar.
Ini cuma analogi aku yang tak seberapa je.:)

Semoga nikmat yang hakiki yang kita cari,bukan mencari belayan angin nikmat duniawi yang hanya sementara ini.Kena check balik kompas hidup kita ke arah mana sekarang ini.

Apa pun selamat menjalani Sem baru.


Hectic and pathetic.Moscow

ps:minta maaf guna bahasa pasar.aku memang tak akan aktif dalam dunia blogging ni.


7 Response to "Hakikat Panas,Sejuk,Nikmat dan Sengsara."

  1. .::: mr IQ :::. Says:

    oit Akmal... dah balik rusia rupanya.. gud luck sem baru wahai org ganu... huhu

  2. Akmal Sabri Says:

    oit..haha.ingatlah daku dalam doamu

  3. Unknown Says:

    selamat bermujahadah di bumi tarbiyah~

  4. Syed Ahmad Fathi Says:

    Wah best la baca post ni pagi-pagi.

    Rasa bersemangat
    Jiwang ala-ala bertarbiyah.Hehe
    Sekarang sedap kut tak sejuk takpanas.

    I love autumn.

  5. Anonymous Says:

    Alhamdulillah makcik tumpang merasakan kehangatan semangat anak muda untuk mencari redho Allah dalam kesejukan bumi soviet.Semoga Allah beri kita hati yg hidup untuk merasai nikmat dan keagunganNya.

  6. Anonymous Says:

    salam alayk~ hah blom pernah rasa cuaca sejuk vs panas ,,tapi. sungguhlah hakikat manusia itu sendiri,,bila ALLAH uji dengan kesenangan seringkali alpa dengan ujian tika SUSAH.. sungguhlah manusia juga sering lupa dan lalai akan DIA kerana sering asyik memirkan "dia"...btw nice sharing ya akhi,salah silap asiff jiddan2 ya.. coz I'M JUST A HUMAN..
    may ALLAH bless ya~

  7. Nurhannita Roslie Says:

    wow, such incredible story I can read here. such an honor to know. Hope you can replied this comment.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...