Bukti cinta

                                                                    


Kau boleh susun kata cinta
seindah mentari,
Kau boleh gambarkan dengan kata
seluas bumi,
Tapi hakikat terlihat tak hanya ucapan
dan ungkapan,
Jika amalan tak kelihatan,
Yang jadi bukti cinta sejati,
Bukan cuma ayat manis atau coret puisi,
Tapi hati terisi iman tak belah bagi,
Menjelma jadi perjuangan tak kenal
berhenti,
Akhlaknya menjadi cermin
Wajahnya pada tindakan
Bukan palsu solekan
Dan tuhan sentiasa hadir ditakbir jiwanya

Serlahkan rupa cinta,
PadaNya
Dan rasulNya




"Tidak sempurna iman sesiapa di kalangan kamu sehinggalah diriku lebih dikasihinya berbanding kasih kepada orang tuanya dan anak bahkan sekalian manusia” [riwayat al-Bukhari, Muslim, an-Nasa’ie dan Ibn Majah]

Pencari cinta itu

I'm searching....

Insan inilah....

Insan di sebalik insan lain,
Insan yang mencoret kalimah-kalimah cinta,
Kalimah-kalimah yang diukir halus penuh ikhlas,
Insan yang perlu di beri perhatian kerana inginkan perhatian,
Insan yang dalam hatinya ada taman kasih yang indah,
Penuh bunga harum semerbak ,
Padanya,
Penuh idea mencurah-curah bak air pili bomba yang pecah,

Wahai pencari cinta,
Kenapa?
Mentega kacangku,
Tak mampukah menampal retak-retak luka hatimu?
Air kopi ghalib semalam,
Tak mampukah menjernikan rasa kecewamu yang kelam?

Wahai pencari cinta,
Engkau....
Insan bernama kekasih?
Owh bukan
Itu lagu UNIC kegemaranmu
Engkau...
Insan bernama Syed ahmad fathi.


Pencari cinta itu




Semoga kau ketemu mutiara itu,
Disebalik biasan dunia yang menguji.


ps:  Ramai minat tulisan kau Fathi.Siap ada yang suruh aku sambung lagi cerita pasal cuan.Haha.Itu tulisan kau.Kau nak sambung bagitau aku.Manalah tahu boleh jadi novel nanti


Cuan keji

Siapakah cuan?
Aku tidur awal malam semalam. Malam yang sejuk namun selesa diselimuti alunan heater yang memanaskan badan. Namun tidur ku sedikit terganggu dengan hilaian gelak ketawa Cuan di bilik sebelah. Entah apa drama Korea yang dilihatnya membuatkan dia ketawa berdekah sebegitu. Namun ku kuatkan azam. Menutup rapat kesemua helaian bulu mata. Tidur yang terganggu tadi kini lena semula apabila aku mula terbayang saat indah cinta pertama dulu. Lama kelamaan aku tenggelam dalam mimpiku sendiri. Tenggelam dalam mimpi indah.

Aku terbangun pagi itu. Terasa ada sedikit cecair di ahagian pipi kiri ku. Rupa-rupanya ianya air liur hangat yang meleleh saat aku tidur malam tadi. Ku paksa badan yang penat dan kepala yang masih mamai melangkah ke kamar bilik air. Paip ku pulas dan air ku lumurkan ke semua anggota wudu'. Tiada yang lebih indah dipagi hari selain dimulakan dengan kehangatan solat subuh.

Selesai aku bemunajat seketika berfikir dan berdoa dihening embun pagi.Ku halakan muka ke pancaran cahaya skrin laptop Dell XPS ku. Laptop yang selama ini sangat ku banggakan kerana teknologinya mendahului laptop Acer dan Compaq rakan-rakan ku yang lain. Ku taip perkataan 'Facebook' di enjin Google. Satu persatu pasword ku taip bagi mengaccess akaun ku.

Terpanar aku seketika melihat button kecil merah disudut kiri atas laman sosial tersebut. Dengan hati yang berdebar debar dan perasaan yang becampur baur aku klik pada kekunci itu. Rupa-rupanya ada sesuatu berlaku malam semalam. Dekahan yang ku sangka berpunca dari cerita Romantis Korea kegilaan remaja perempuan masa kini rupa-rupanya hanyalah palsu. Palsu ibarat iklan makanan segera di kaca televisyen.




written by Syed ahmad fathi

Hari silih berganti.


Saat berlalu,minit berganjak,jam bertukar,hari berganti,minggu belum berlalu.Ketibaan aku di Moscow setelah 10hari mencari cinta di bumi Anbiya' ku sangka berakhir dengan kegembiraan seperti kebiasaan cerita melayu.Tetapi aku silap,kali ini aku salah.Layanan yang diberikan sangat baik,aku sangkakan segala perancangan di dalam benak fikiran menjadi kenyataan.Demi menjadi seorang yang bertanggungjawab,aku sempat membeli sebuah buku di PMRAM bertajuk 'Rahsia perkahwinan' .

Dalam buku tersebut banyak mengisahkan tentang cinta dalam Islam,dan tips-tips dalam menjayakan sebuah rumahtangga berlandaskan Islam.Hari ini jugak aku sangat seronok,aku sangat gembira.Aku menjamukan kawan-kawan satu 'batch' aku dengan nasi goreng dan ayam bakar.Tiba-tiba,dalam keseronokan itu,sekeping mesej,sekeping mesej yang merubah madu jadi bisa,nikmat jadi musibah,suka menjadi duka,manis menjadi tawar.Hati yang berbunga tiba-tiba berubah menjadi padang yang tandus.Seperti padang jarak padang tekukur.

Pedih!Pedih hati ini bagai ditucuk dengan besi.Hati yang pedih merelakan jua.Bukan hati ini yang kering,tapi suasana yang mengizinkan.Dibantu rakan-rakan,aku sangat lega walaupun tidak rela.Aku tahu,cinta kan bunga,layu.Cintakan dunia,hilang.Cintakan manusia,mati.Cintakan Allah kekal abadi. :)

Hidup yang ku damba musnah.Bagai debu ditiup angin kencang,hilang sekelip mata.Bernafas di musim sejuk umpama pengidap asma yang mengharapkan ubat pembantu pernafasan.Begitulah sukarnya melafazkan kata yang tersirat.Hati yang duka seakan-akan memberontak,merasakan kekosongan di jiwa.Buat engkau di sana,terimalah serangkap pantun dari aku :

                                  Embun sejuk di pagi hari,
                                  kian pudar menjelang senja,
                                  cinta yang hadir ibarat pelangi,
                                  namun hilang begitu sahaja.

                                  Ku sangka panas hingga ke petang,
                                  rupanya hujan di kedai roti,
                                  jangan di tangis cinta yang hilang,
                                  semoga hidup sentiasa diberkati.



written by Syed ahmad fathi


Terkesima

1:43 PM Posted by Akmal Sabri 2 comments




Hati berdebar-debar.Cinta yang selama ini ku dambakan kini  musnah ibarat iPhone 4 jatuh dari
bangunan lima tingkat.Jatuh berkecai.Hati yang mengharap kini hampa. Hampa itu terasa dan terkesan lebih mendalam lagi kerana yang merampas cinta dari tangan ku merupakan teman yang selama ini ku percayai dan ku sanjungi.

tak ku sangka. Kepercayaan yang aku berikan selama ini di ratah dan dirobek dengan rakusnya. Ibarat anjing liar lapar merobek tong sampah di belakang rumah flat kos rendah.

Namun apatah daya.Andai ini takdirnya aku terima dengan hati yang redha dan merelakan.Walaupun jauh di lubuk hati ada luka yang dalam . Yang kian lama semakin parah dan bernanah.namun ku relakan segalanya.Mungkin ini yang terbaik buatku.bak kata pepatah "Bunga bukan sekuntum , kumbang bukan seekor (Kumbang mana ada ekor)".

Ku lalui hari-hari meredah salji dengan tabah.Salji yang turun mencurah-curah dahulunya membahagiakan.Kini segalanya tawar. Air teh Ghalib yang ku minum selama ini juga menjadi tawar walaupun sudah tiga sudu gula ku tambah. Ku mengharap sesi pelajaranku di MAI ditemani salji dan cinta jarak jauh yang membahagiakan ibarat sonata musim salju kini menjadi sebuah kisah tragedi sedih seperti cerita One litre of tears (Cerita sedih kegemaran aku).

Kini baru ku sedar cinta sesama manusia tidak kekal abadi.Ibarat salji di musim sejuk akan cair apabila tibanya musim bunga. Namun ku teruskan kehidupan kerna ku tahu masih ada lagi cinta yang boleh ku kejar. Ibarat kata seorang sarjana barat Florent Molouda "You never fail until you stop trying".



written by Syed ahmad fathi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...