Kisahku di Mesir :Cerita Lama,Situasi Sama.

Saturday, February 11, 2012 1:29 AM Posted by Akmal Sabri
Salah seorang perjuang mesir bersenjatakan botol.


  
     Alhamdulliah, cuti winter 2011 yang lalu berkesempatan melawat bumi anbiya iaitu Mesir.(sudah setahun baru nak update).Bukan niat diri untuk berkongsi kisah aku ke tempat-tempat yang menarik di sana tetapi  pengalaman merasai perubahan landskap politik di Mesir itu lebih menarik.Dapat memerhati perjalanan pergolakan di Mesir adalah bonus dalam pakej trip kami.

Mendaki gunung Sinai satu kegembiraan.



Berjalan Melihat Mentafsir.



Maj yang tersengih

         Revolusi di Mesir mungkin tempias dari api-api amukan rakyat di Tunisia.Timbulnya kesedaran rakyat Mesir bermula di facebook dan twitter. Untuk menghalang mereka, Hosni Mubarak menutup laman web sosial tersebut.Beberapa hari kemudian,talian telefon  dan internet juga turut ditutup.Kejam tak kejam Hosni ini.

         Maka terputuslah kami dari dunia luar,tak mampu memberitahu dan berhubung dengan keluarga di Malaysia..Teringat lawak kawan sejaulah aku "weh,kita dah macam dalam peperangan dah ni"dia berkata sambil tersengih-sengih.




  
      Dalam situasi tersebut,bertambah risaulah para ibu bapa terharap anak-anaknya disana,ada yang risau terhadap rakan taulannya disana,ada juga yang risaukan kekasih hatinya disana(yang ni pelik). 

Waktu itu TIBA-TIBA isu di Mesir menjadi perhatian kita.
Kerana apa? 

        Kerana mereka adalah orang yang dekat dalam hidup kita,mereka adalah darah daging kita,mereka adalah rakan-rakan kita,mereka adalah RAKYAT kita.Didada akhbar terus menjadi isu hangat dan Malaysia mengunakan dana yang besar untuk membawa pulang rakyat-rakyat disana.
RISAU

Apakah definisi saudara bagi kita?
Firman Allah:

 Sesungguhnya setiap mukmin itu bersaudara…” (Surah al-hujurat :10)
   (habis besar dah aku tulis)


        RISAU tak kita terhadap isu umat Islam di Syria?Kita ambil perhatian tak terhadap isu-isu di Gaza?Bukankah mereka SAUDARA SEISLAM kita? Mereka anak-anak kita,rakan taulan kita,kekasih hati kita( kalau itu engkau katakan itu definisi saudara).

        Kita dan aku khususnya malu pada diri sendiri kerana mempunyai pemikiran yang cukup sempit tentang definisi SAUDARA ini.Malulah kita kalau meletakkan saudara itu pada bangsa dan rakyat kita sahaja.Walhal,defini saudara yang kita perlu perjuangkan adalah saudara seAKIDAH kita.

Sinar baru di bumi Mesir
Sekarang isu di Syria mula timbul,tak diwar-warkan sepanas isu Mesir kerana tiada rakyat kita disana mungkin.Mereka disana dibunuh dan dizalimi,wanita diperlakukan dengan kejam tahukah anda?

Elok baca apa yang berlaku di Syria

Ingatlah isu mereka itu isu kita juga.Penderitaan mereka penderitaan kita juga.Jangan kita menutup telinga dan menutup mata dalam hal global semacam ini.Pergolakan di Syria isu sejagat umat Islam!

Semoga coretan pendek ini memberi kesedaran untuk kita semua.

Semoga kita dapat berdoa siang dan malam untuk saudara-saudara kita di Syria supaya Allah membantu mereka dan membebaskan mereka daripada kezaliman pemerintah mereka. 


Berjaga-jaga waktu malam

Dua syabab yang yakin
Sesak menuju lapangan terbang
Wajah-wajah ceria
Wajah-wajah berduka
Ps:nak cari cerita-cerita tentang Syria tanya je kat encik google.Guna kemudahan untuk kebaikan ye macam pakcik di bawah. =)
Hitam putih berita,
Wajah duka dan ceria,
Biar pahit ujian yang menimpa,
Yakinlah janji Allah itu ada.

5 Response to "Kisahku di Mesir :Cerita Lama,Situasi Sama."

  1. Anonymous Says:

    salam alayk~ pinjam ayat ini ya
    Hitam putih berita,
    Wajah duka dan ceria,
    Biar pahit ujian yang menimpa,
    Yakinlah janji Allah itu ada.

    p/s: syukran tok en3 ini.. Seriusly kita ni sering lalai .. punya happy tahap infinty,, tapi saudara kita sedang berduka.. astaghfirullahalazim.. moga urusan mereka dipermudah olehNYA.. bidznillah.. may ALLAH bless ya akhi..

  2. hAniEy IzhAr Says:

    bestla dapat pergi naik gunung sinai.. Dapat timba pengalaman dan sebagainya.. Kebetulan pula masa revolusi. Banyak yg dapat diungkap dari pengalaman tu.

  3. Syed Ahmad Fathi Says:

    Untunglah dapat melawat bumi anbiya'.
    Di Syria ada je student Malaysia tapi
    tak seramai di Mesir dan Jordan.

  4. Unknown Says:

    mohon letak shoutbox !

  5. Akmal Sabri Says:

    sila2

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...