Salah seorang perjuang mesir bersenjatakan botol.
![]() |
Alhamdulliah, cuti winter 2011 yang lalu berkesempatan melawat bumi anbiya iaitu Mesir.(sudah setahun baru nak update).Bukan niat diri untuk berkongsi kisah aku ke tempat-tempat yang menarik di sana tetapi pengalaman merasai perubahan landskap politik di Mesir itu lebih menarik.Dapat memerhati perjalanan pergolakan di Mesir adalah bonus dalam pakej trip kami.
![]() |
| Mendaki gunung Sinai satu kegembiraan. |
Berjalan Melihat Mentafsir.
Revolusi di Mesir mungkin tempias dari api-api amukan rakyat di Tunisia.Timbulnya kesedaran rakyat Mesir bermula di facebook dan twitter. Untuk menghalang mereka, Hosni Mubarak menutup laman web sosial tersebut.Beberapa hari kemudian,talian telefon dan internet juga turut ditutup.Kejam tak kejam Hosni ini.
Maka terputuslah kami dari dunia luar,tak mampu memberitahu dan berhubung dengan keluarga di Malaysia..Teringat lawak kawan sejaulah aku "weh,kita dah macam dalam peperangan dah ni"dia berkata sambil tersengih-sengih.
Dalam situasi tersebut,bertambah risaulah para
ibu bapa terharap anak-anaknya disana,ada yang risau terhadap rakan taulannya
disana,ada juga yang risaukan kekasih hatinya disana(yang ni pelik).
Waktu itu TIBA-TIBA isu di Mesir menjadi
perhatian kita.
Kerana apa?
Kerana apa?
Kerana mereka adalah orang yang dekat dalam hidup
kita,mereka adalah darah daging kita,mereka adalah rakan-rakan kita,mereka
adalah RAKYAT kita.Didada akhbar terus menjadi isu hangat dan Malaysia
mengunakan dana yang besar untuk membawa pulang rakyat-rakyat disana.
RISAU
RISAU
Firman Allah:
“Sesungguhnya setiap mukmin itu bersaudara…” (Surah al-hujurat :10)
(habis besar dah aku tulis)
RISAU tak kita terhadap isu umat Islam di Syria?Kita
ambil perhatian tak terhadap isu-isu di Gaza?Bukankah mereka SAUDARA SEISLAM kita?
Mereka anak-anak kita,rakan taulan kita,kekasih hati kita( kalau itu engkau katakan
itu definisi saudara).
Kita dan aku khususnya malu pada diri sendiri kerana mempunyai pemikiran yang cukup sempit tentang definisi SAUDARA ini.Malulah kita kalau meletakkan saudara itu pada bangsa dan rakyat kita sahaja.Walhal,defini saudara yang kita perlu perjuangkan adalah saudara seAKIDAH kita.
Sekarang isu di Syria mula timbul,tak diwar-warkan sepanas isu Mesir kerana tiada rakyat kita disana mungkin.Mereka disana dibunuh dan dizalimi,wanita diperlakukan dengan kejam tahukah anda?
Elok baca apa yang berlaku di Syria
Elok baca apa yang berlaku di Syria
Ingatlah isu mereka itu isu kita juga.Penderitaan mereka penderitaan kita juga.Jangan kita menutup telinga dan menutup mata dalam hal global semacam ini.Pergolakan di Syria isu sejagat umat Islam!
Semoga coretan pendek ini memberi kesedaran untuk kita semua.
Semoga kita dapat berdoa siang dan malam untuk saudara-saudara kita di Syria supaya Allah membantu mereka dan membebaskan mereka daripada kezaliman pemerintah mereka.
![]() |
Ps:nak
cari cerita-cerita tentang Syria tanya je kat encik google.Guna kemudahan untuk kebaikan ye macam pakcik di bawah. =)
|
Hitam putih berita,
Wajah duka dan ceria,
Biar pahit ujian yang menimpa,
Yakinlah janji Allah itu ada.
Sejuk
dan Panas.
Alhamdulillah,selamat
tiba di bumi Soviet Unioun tercinta ini 7 haribulan.Tiba
di sini dan tiba-tiba hilang segala memori-memori cuaca panas di Malaysia dalam fikiran.Secara tiba-tiba. Musim panas yang sepatutnya waktu dan musim yang panas
rupa-rupanya hanya nama sahaja seperti kacang panjang(kacang panjang
tu panjang ke?pendek je kan.haha.minta maaf mengarut).Kat sini sudah di takat 15 darjah celcius ke bawah dan akan
lebih sejuk bila hujan.Boleh jadi 10-9 darjah Celcius.Boleh tahan sejuk dah tu.Mungkin di sini sejuk sangat dan buat aku terlupa tentang apa itu panas.
Tetapi
sewaktu di Malaysia pula, aku boleh lupa rasa sejuk di
Moscow.Ada jugak kawan-kawan yang bertanya , “Sana sejuk macam mana? Secara jujur aku
sedikit blur dan pikir panjang jugak untuk menjawab.Hanya mampu berkata "Sejuk menggigil yang sakit dan tiada istilah sejuk mata memandang waktu musim salji".Mungkin di Malaysia panas sangat dan buat aku terlupa tentang sejuk.
Hakikat Nikmat dan Sengsara.
Teringat
sabda Rasulullah s.a.w.
“Pada Hari Kiamat dibawa seorang penduduk dunia paling nikmat
kehidupannya yang menjadi orang ahli neraka. Dia dicelup ke dalam neraka
satu celupan sahaja, kemudian dia ditanya: “Wahai anak Adam, pernah
engkau melihat kesenangan? Pernah engkau mendapat kenikmatan? Jawabnya:
“Tidak! Demi Allah, wahai Tuhanku!”. Lalu dibawa seorang penduduk dunia
yang paling derita kehidupannya yang menjadi ahli syurga. Dia dicelup ke
dalam syurga dengan satu celupan sahaja, kemudian dia ditanya: “Wahai
anak Adam, pernahkah engkau melihat penderitaan? Pernahkah engkau
mengalami kesusahan? Jawabnya: “Tidak! Demi Allah, wahai Tuhanku!. Aku
tidak pernah melihat penderitaan. Aku tidak pernah mengalami kesusahan”.
(Riwayat Muslim).
Manusia yang merasai seperit-perit derita di dunia boleh lupa segala derita itu bila dicelup ke dalam syurga.
Manusia yang pernah mempunyai segudang kemewahan di dunia boleh lupa segala nikmat itu bila dicelup ke dalam neraka.
Nikmat syurga melupakan kita kepada segala derita dunia, sementara deritanya di neraka melupakan kita kepada segala kenikmatan dunia.
Kerana di dunia ini bukan hakikat nikmat dan derita yang sebenar.
Kerana hanya di akhirat kelak nanti ada sehebat-hebat nikmat,sehebat-hebat derita.
Aku dah merasai sejuk yang teramat di Russia,kadang-kadang sampai negative 20 lebih dan saat itu aku boleh lupa tentang panas,apa rasanya..
Di Malaysia, aku dah rasa panas terik Khatulistiwa lagi-lagi waktu tengah hari dan memang aku lupa semua rasa sejuk di moscow.
Bagi yang pernah lalui mungkin lebih faham.
Begitu juga dengan rasa nikmat dan sengsara.Di sanalah hakikat nikmat dan sengsara yang sebenar.
Ini cuma analogi aku yang tak seberapa je.:)
Di Malaysia, aku dah rasa panas terik Khatulistiwa lagi-lagi waktu tengah hari dan memang aku lupa semua rasa sejuk di moscow.
Bagi yang pernah lalui mungkin lebih faham.
Begitu juga dengan rasa nikmat dan sengsara.Di sanalah hakikat nikmat dan sengsara yang sebenar.
Ini cuma analogi aku yang tak seberapa je.:)
Semoga nikmat yang hakiki yang kita cari,bukan mencari belayan angin nikmat duniawi yang hanya sementara ini.Kena check balik kompas hidup kita ke arah mana sekarang ini.
Apa pun selamat menjalani Sem baru.
![]() | |
| Hectic and pathetic.Moscow |
ps:minta maaf guna bahasa pasar.aku memang tak akan aktif dalam dunia blogging ni.
| Petang di Russia |
Kenapa masih ada kekurangan?
Aku ada tangan dan kaki yang kuat,
Mata yang sihat,
Telinga yang hebat,
Tubuh badan yang sihat.
Tetapi
Aku tiada
HATI
Tanpanya,
Tanganku tak mampu untuk memberi,
Kakiku tak mampu menuju ke tempat yang dekat dengan Ilahi,
Mataku melihat benda-benda yang bukan fitrah,
Telingaku masih mendengar benda-benda fitnah,
Tubuhku yang sihat ini tak mampu mengangkat selimut yang ringan,
Dan bangun menunaikan solat.
Pandangan mata selalu menipu,
Pandangan akal selalu tersalah,
Pandangan nafsu selalu melulu,
Pandan hati itulah yang hakiki,
Kalau hati itu bersih
MARI TONTON VIDEO INI
ps:video ini diberi oleh ayahku sewaktu cuti summer yang lepas.Terdetik hati untuk mencari.Alhamdulillah jumpa.Terima kasih abah!!
| Mungkin kertas ini |
Pagi yang ceria di kelas tingkatan 5 Gigih.
"Apa yang kamu nampak dari kertas putih ini?",tanya Cikgu Syafiq kepada anak muridnya.
'Titik hitam cikgu!",jawab Adam dengan penuh keyakinan.
"Bagus Adam.Jawapan kamu betul tetapi kurang tepat.Ada yang ingin mencuba?",tanya Cikgu Syafiq lagi.
"Titik dakwat pen hitam cikgu",jawab Fatin.
"Hehe.Perincian yang bagus Fatin tetapi masih kurang tepat ye.Aaa Faiz,macam ada sesuatu yang simpankan je.Boleh cuba.Salahpun tak pe"
"Ehem...Macam tahi lalat Adam je cikgu".
Riuh tiba-tiba kelas 5 Gigih itu dengan hilai ketawa dek gurauan Faiz tadi.
"Haha.Jawapan tu sangat tak tepat Faiz tetapi tepat kena kat Adam.Nanti semua kena mintak maaf kat Adam."
"No problem cikgu tapi apa jawapan yang TEPAT cikgu?",tanya Adam kerana muskil.
"Jawapannya adalam kertas putih"
Aik...
Jawapan yang menjadi persoalan
Kenapa kertas putih jawapannya bukan titik hitam?
Kenapa ramai yang memilih titik hitam itu?
Kerana ia jelas kelihatan dikertas itu berbanding sesuatu yang lain?
Tetapi....
Bukankah titik hitam itu lebih kecil berbanding putihnya kertas putih itu?
Warna putih itukan lebih besar peratusnya berbanding titik hitam?
Jadi sepatutnya PUTIH KERTAS kan?
Ibrah.
Mudahkan melihat atau terjumpa kesalahan orang lain.Ia boleh diibarat titik hitam di atas kertas kertas putih.Sangat jelas sejelas-jelasnya.Tak usah dicari atau diselidik.Tidak salah terjumpa TITIK HITAM itu tetapi menjadi kesalahan apabila anda menilai ia adalah TITIK HITAM.
Itu adalah SUUZON(bersangka buruk).
Contoh pelajar yang lewat kali pertama datang ke sekolah dan tiba-tiba dicop oleh pengawas sekolah bahawa dia adalah seorang yang tidak berdisiplin.Walhal itu adalah kesalah kali pertamanya ibarat TITIK HITAM yang kecik itu dan terlupa 99 peratus lagi dirinya. Mungkin 99 peratus dalam dirinya adalah baik.
Itu adalah antara contoh mudah yang realistik yang mungkin selalu berlaku dalam kehidupan. Mungkin saya.kau dan kamu semua. Cuma untuk perkara yang berbeza sahaja.
Memang benar,banyak manusia,banyak ragam,banyak manusia,banyak macam-macam.
Tetapi itulah asam garam kehidupan. Ingatlah firman Allah dalam Surah Al-Hujuraat ayat 12
Wahai orang-orang Yang beriman! jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan Yang dilarang) kerana Sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya Yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya Yang telah mati? (jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadaNya. (oleh itu, patuhilah larangan-larangan Yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.” (Al-Hujurat : 12)
Siapalah kita untuk menilai manusia. Hanya Allah berhak menilai manusia kerana hanya Dia yang mengetahui bisikan hati-hati ciptaanNya itu
"Dan rahsiakanlah perkataanmu atau nyatakanlah. Sungguh, Dia Maha Mengetahui segala isi hati."
[al Mulk, 67:13]
[al Mulk, 67:13]
Semoga sedikit peringatan ini dapat membawa kita untuk bermuhasabah kembali serta membaiki hubungan sesama manusia.Bersangka baik dengan rakan-rakan anda dan yang paling penting bersangka baik terhadap Allah.
Wallahua'lam.
“Seandainya engkau menyampaikan keburukan saudaramu, jika itu benar, maka bererti kamu sudah membuka aib saudaramu, dan jika itu salah, maka engkau sudah melakukan fitnah”
Assalamualaikum
Pernah main catur?
Tahu tak istilah FORK?
Fork bermaksud garfu.Garfu??
Tetapi di dalam permainan catur, fork adalah taktik yang menggunakan satu buah catur untuk menyerang dua atau lebih buah catur pihak lawan. Ini adalah satu strategi yang effektif untuk mendapat material advantage kerana pihak yang diserang tidak dapat melawan semua ancaman tersebut.Hanya satu buah sahaja yang dapat digerak dan pasti satu buah akan dikorbankan.Sangat tricky untuk pihak yang diserang kerana dia diuji MEMBUAT PILIHAN.
Knight biasanya digunakan untuk taktik ini kerana mempunyai kebolehan yang unik dalam bergerak dan berbeza seperti boleh melompat buah-buah lain.
Contoh fork:
Dari gambar ini,knight sedang menyerang king dan rook."knight is forking the black king and rook"dan pihak yang diserang tidak dapat mempertahankan kedua-dua buah tersebut.Dia diuji MEMBUAT PILIHAN dan dalam situasi ini pihak hitam tiada pilihan.King harus dialihkan.Anda kalah kalau buah King DIKORBANKAN.
Ibrah..
(Ini cuma analogi yang tak seberapa)
Buah rook sangat bernilai.Dengannya anda boleh menguasai satu garis melintang atau menengak.Tetapi,buah King lagilah teramat penting.Kalah atau menang anda dalam permainan ini bergantung padanya.Tujuan permainan catur adalah untuk mempertahankan buah King.
Jadi, bayangkan
Rook adalah harta kita,hiburan kita,,dunia kita.
King adalah deen kita.
Mana yang anda pilih?
Mana yang anda KORBANKAN?
Kita sebenarnya didalam medan permainan.Ada tujuan dan ada yang anda perlu anda pertahankan dan KORBANKAN.Namun,masih ramai yang buta menilai,masih lena dan leka dibuai mimpi yang palsu.Menjadikan dunia sebagai keutamaan.
Dan hakikatnya anda KALAH.
Teringat pesan sahabat aku.Nak tahu sejauh mana cinta kita kepada Allah adalah bila cinta Allah itu bertemu cinta-cinta yang lain.Contoh mudah, bila anda terdengar azan dan waktu itu anda sedang membuat kerja atau bermain,apa yang anda buat? Teruskan kerja tersebut atau pergi ke surau untuk menunaikan solat.Contoh mudah seperti permainan catur tadi tetapi tidak mudah dilakukan bila tiada keinginan untuk BERKORBANKAN.
Jadi apa konklusi anda sekarang?
Korbankan buah "knight"
Ataupun buah"King"
yang ada dalam kehidupan kita sekarang?
Semoga akal kita tahu,
Hati kita mahu,
Nafsu kita mampu,
TAHU, MAHU dan MAMPU untuk BERKORBAN dan MEMILIH.
Sedikit video menarik tentang siapakah itu LOSER oleh Nouman Ali Khan
Sedikit video menarik tentang siapakah itu LOSER oleh Nouman Ali Khan
![]() |
| Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintahNya). Dan (ingatlah), sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi. (Al-Munaafiquun 63:9) |
Posted in
Diuji membuat pilihan
Kau boleh susun kata cinta
seindah mentari,
Kau boleh gambarkan dengan kata
seluas bumi,
Tapi hakikat terlihat tak hanya ucapan
dan ungkapan,
Jika amalan tak kelihatan,
Yang jadi bukti cinta sejati,
Bukan cuma ayat manis atau coret puisi,
Tapi hati terisi iman tak belah bagi,
Menjelma jadi perjuangan tak kenal
berhenti,
Akhlaknya menjadi cermin
Wajahnya pada tindakan
Bukan palsu solekan
Dan tuhan sentiasa hadir ditakbir jiwanya
Serlahkan rupa cinta,
Posted in
Jangan seperti palsu solekan
Subscribe to:
Posts (Atom)





















