xczxczxc xc

Pejuang

Pejuang.

Orang yang berjuang tak boleh lari dari berkorban, korban masa, wang dan tenaga.
Semua itu diwaqafkan untuk mencapai tujuan perjuangan dia.
Untuk muslim lagi hebat
Mereka waqafkan NYAWA mereka.

Bukanlah dipanggil seorang perjuang jika biasa selesa duduk di kerusi empuk,
Menulis pula bait-bait perjuang, cara-cara untuk berjuang.
Tak merasa langsung debu-debu tanah perjuang-perjuang dahulu.

Sedangkan insan yang paling dicintai Allah
Nabi Muhammad S.A.W pernah luka teruk, berdarah dilempar baru di Thaif,
Patah gigi di dalam perang Uhud,
Apatalah lagi kita yang penuh dengan dosa,

Bersenang-senang itu bukanlah sunnah orang berjuang.


Kisah Darjah Enam




Peristiwa 1

Teringat aku peristiwa lucu di kantin sekolah bersama rakan karib aku ,Anas Maszli. Waktu itu dia khusyuk menjamu makanan dan kemudian dia berhenti...

"Bismillahi awwalahu waakhirahu" dia membaca doa.

"Aik bidaah apa yang ko buat ini Anas" aku tanya.

"Ko nak tahu mal, nabi cakap kalau kita makan tak baca doa, syaitan akan makan sekali dengan kita. Tapi bila kita baca doa , dia akan muntah balik makanan tu.Kan padan muka dia !"

"Owh, gitu ke? ", baru aku paham.
 Ditambah juga rasa kagum dengan semangat kawan aku membenci syaitan. Aku pun tak ingat aku      cuba tak buat cara dia ni. Rasa macam cuba jugak.Tetapi tak pikir pulak macam naif jugak kami waktu tu.


                                     
Peristiwa 2

Cikgu sedang memberi motivasi dalam kelas.

" Kamu semua cuba dalam satu hari tak buat DOSA. Baru rasa tenteram"

Sangat terkesan kata-kata itu pada aku. Sehingga bila selesai sahaja sesi persekolahan hari tu, aku pulang ke rumah sambil berkata pada diri.

" Hari ni aku tak nak buat dosa"


******************

Argh, dosa apa je yang aku buat waktu darjah enam?
Tak naif pulak aku cuba ikut apa yang kawan aku buat tu.
Konon nak main-mainkan syaitan?

Tetapi itu lah hati kita waktu kecik dahulu.
Suci dan bersihnya hati waktu itu.
Bersemangat pula untuk beramal perkara baru.
Kenapa bila dah meningkat dewasa aku jadi berbeza.



ps: Selamat hari -hari untuk diri sendiri. Umur dah 24 tahun dah. Hurmm.
     Umur tak bertambah tetapi berkurang.

Semangat pakai songkok time ni. haha



MAN ANA-SIAPAKAH AKU (arabic and malay lirics)



Brothers : Man Ana



أَنَا إِنْ سَأَلْتُ القَوْمَ عَنِّي مَنْ أَنَا
Ana in saaltal-qouma 'anni man ana
Aku, jika ditanya kaum tentangku, siapakah aku?

أَنَا مُؤْمِنٌ سَأَعِيشُ دَوْمًا مُؤْمِنًا
Ana mu`minun sa a'isyu dauman mu`mina
Aku orang yang beriman, dan akan selamanya hidup sebagai orang beriman,

فَلْيَعْلَمِ الجَمِيعُ أَنِّي هَا هُنَا
Falya'lamil-jami'u 'anni ha huna
Maka ketahuilah semua, bahawa aku di sini,

لَنْ أَنْحَنِي لَنْ أَنْتَنِي لَنْ أَرْكَنَا
Lan anhani lan antani lan arkana
Aku sekali-kali tidak akan terkehadapan, tidak akan terkebelakang, juga tidak akan bergantung kepada sesiapa

إِنِّي رَأَيْتُ اللهَ فِي أَكْوَانِــــــهِ
Inni ra`aitullaha fi akwanihi
Aku melihat Allah pada ciptaanNya,

وَسَمِعُتُ صَوْتَ الحَقِّ فِي قُرْآنِهِ
Wa sami'tul shautal-haqqi fi qur`anihi
Dan aku mendengar suara kebenaran pada QuranNya,

وَلَمَسْـتُ حِكْمَتَهُ وَفَيْضَ حَنَانِهِ
Wa lamastu hikmatahu wa faidha hana`ihi
Dan aku menyentuh kebijaksanaanya juga limpahan keseronokannya,

فِي سِيرَةِ المُخْتَارِ....فِي إِيمَانِهِ
Fi siratil-mukhtari fi imanihi
Pada jalan perjuangannya yang terpilih dan juga pada keimanan padanya.

أَنَا مُصْحَفٌ يَمْشِي وَإِسْلَامٌ يُرَى
Ana mus-hafun yamsyi wa islamun yura
Aku adalah Mushaf yg berjalan, dan Islam yg diperlihatkan,

أَنَا نَفْخَةٌ عُلْوِيَّةٌ فَوْقَ الثَّرَى
Ana nafhatul-ulwiyyatun fauqats-tsara
Aku adalah hadiah yang tinggi di atas muka bumi,

الكَوْنُ لِي وَلِخِدْمَتِي قَدْ سُخِرَا
Al-kaunu li wa li khidmati qad sukhira
Pada kejadianku, dan juga khidmatku, aku telah dperlekeh,

وَلِمَنْ أَنَا ؟ أَنَا لِلَّذِي خَلَقَ الوَرَى
Wa li man ana, ana lilladzi khalaqal-wara
Kepada siapa aku berserah? Aku berserah kepada yang menciptakan manusia.

أَنَا كَوْكَبٌ يَهْدِي القَوَافِلَ فِي السَّرَى
Ana kaukabun yahdil qawafila fits-tsara
Aku adalah bintang yang memberi pedoman kepada pengembara di bumi,

وَأَنَا شِهَابٌ إِذَا رَأَيْتُ المُنْكَرَ
Wa ana syihabun idza ra`aitul munkara
Dan aku adalah bintang/meteor/pahlawan ketika melihat kemungkaran,

مَالِي سِوَى نَفْسٍ تَعُدُّ عَلَى الشِّرَا
Ma li siwa nafsin ta'uddu 'alasy-syira
Tiada apa bagiku, melainkan jiwa yang dikira atas pembelian,

قَدْ بِعْتُهَا لِلَّهِ وَاللهُ اشْتَرَى
Qad bi'tuha lillahi wallahusytara
Sesungguhnya, aku telah menjualnya kepada Allah, dan Allah telah membelinya!!!


Hari Jumaat

Selalu teringat kata-kata orang berdosa dirakam oleh Allah dalam surah al-kahf 

"Yawailata ! Mali hazalkitab , la yugoduri soghiratan ala kabiratan ila ahsoha !"


"Aduh celakanya kami ! Kitab apakah ini ! Semua yang kecik dan yang besar dihitungnya !"

Gerun bila mengenang nasib aku nanti.
Mungkin aku pun akan berkata begitu.

Ya Allah, permudahkan urusan hisabku,
Ya Allah tutupkan lah aibku,
Ya Allah masukkanlah aku dan keluargaku di dalam syurga firdaus Mu.









A049
Dan "Kitab-kitab Amal" juga tetap akan dibentangkan, maka engkau akan melihat orang-orang yang berdosa itu, merasa takut akan apa yang tersurat di dalamnya; dan mereka akan berkata:" Aduhai celakanya kami, mengapa kitab ini demikian keadaannya? Ia tidak meninggalkan yang kecil atau yang besar, melainkan semua dihitungnya!" Dan mereka dapati segala yang mereka kerjakan itu sedia (tertulis di dalamnya); dan (ingatlah) Tuhanmu tidak berlaku zalim kepada seseorangpun.

Kids are amazing
They are curious with no fear

Bila dah tua terbalik pula.
Takut untuk cuba dan kurang ingin tahu benda baru.




Perlu menulis untuk diri sendiri
Jauh dari "audience" yang memberi like dan ulasan,
Kadang-kadang boleh jadi perasan,
Yelah banyak like mesti aku ini baik kan !
Tulis tentang Islam, hal-hal bersifat ketuhanan

Apa-apa pun bila aku tulis,
"Audience" pertama adalah aku.
Tercetusnya idea mesti dari pengalaman yang aku rasa hari itu.
Semua itu ditunju untuk aku sendiri

Tulis untuk diri sendiri Akmal.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...