Apa yang Aku Tiada

Petang di Russia

Kenapa masih ada kekurangan?
Aku ada tangan  dan kaki yang kuat,
Mata yang sihat,
Telinga yang hebat,
Tubuh badan yang sihat.

Tetapi 
Aku tiada
HATI

Tanpanya,

Tanganku tak mampu untuk memberi,
Kakiku tak mampu menuju ke tempat yang dekat dengan Ilahi,
Mataku melihat benda-benda yang bukan fitrah,
Telingaku masih mendengar benda-benda fitnah,
Tubuhku yang sihat ini tak mampu mengangkat selimut yang ringan,
Dan bangun menunaikan solat. 


Pandangan mata selalu menipu,
Pandangan akal selalu tersalah,
Pandangan nafsu selalu melulu,
Pandan hati itulah yang hakiki,

Kalau hati itu bersih


MARI TONTON VIDEO INI

 

ps:video ini diberi oleh ayahku sewaktu cuti summer yang lepas.Terdetik hati untuk mencari.Alhamdulillah jumpa.Terima kasih abah!!





Kertas Putih

Mungkin kertas ini

Pagi yang ceria di kelas tingkatan 5 Gigih.

"Apa yang kamu nampak dari kertas putih ini?",tanya Cikgu Syafiq kepada anak muridnya.
'Titik hitam cikgu!",jawab Adam dengan penuh keyakinan.
"Bagus Adam.Jawapan kamu betul tetapi kurang tepat.Ada yang ingin mencuba?",tanya Cikgu Syafiq lagi.
"Titik dakwat pen hitam cikgu",jawab Fatin.
"Hehe.Perincian yang bagus Fatin tetapi masih kurang tepat ye.Aaa Faiz,macam ada sesuatu yang simpankan je.Boleh cuba.Salahpun tak pe"
"Ehem...Macam tahi lalat Adam je cikgu".
Riuh tiba-tiba kelas 5 Gigih itu dengan hilai ketawa dek gurauan Faiz tadi.
"Haha.Jawapan tu sangat tak tepat Faiz tetapi tepat kena kat Adam.Nanti semua kena mintak maaf kat Adam."
"No problem cikgu tapi apa jawapan yang TEPAT cikgu?",tanya Adam kerana muskil.
"Jawapannya adalam kertas putih"
Aik...

Jawapan yang menjadi persoalan

Kenapa kertas putih jawapannya bukan titik hitam?
Kenapa ramai yang memilih titik hitam itu?
Kerana ia jelas kelihatan dikertas itu berbanding sesuatu yang lain?

Tetapi....
Bukankah titik hitam itu lebih kecil berbanding putihnya kertas putih itu?
Warna putih itukan lebih besar peratusnya berbanding titik hitam?
Jadi sepatutnya PUTIH KERTAS kan?

Ibrah.

Mudahkan melihat atau terjumpa kesalahan orang lain.Ia boleh diibarat titik hitam di atas kertas kertas putih.Sangat jelas sejelas-jelasnya.Tak usah dicari atau diselidik.Tidak salah terjumpa TITIK HITAM  itu tetapi menjadi kesalahan apabila anda menilai ia adalah TITIK HITAM.

Itu adalah SUUZON(bersangka buruk).
Contoh pelajar yang lewat kali pertama datang ke sekolah dan tiba-tiba dicop oleh pengawas sekolah bahawa dia adalah seorang yang tidak berdisiplin.Walhal itu adalah kesalah kali pertamanya ibarat TITIK HITAM yang kecik itu dan terlupa 99 peratus lagi dirinya. Mungkin 99 peratus dalam dirinya adalah baik.

Itu adalah antara contoh mudah yang realistik yang mungkin selalu berlaku dalam kehidupan. Mungkin saya.kau dan kamu semua. Cuma untuk perkara yang berbeza sahaja.

Memang benar,banyak manusia,banyak ragam,banyak manusia,banyak macam-macam.
Tetapi itulah asam garam kehidupan. Ingatlah firman Allah dalam Surah Al-Hujuraat ayat 12 




Wahai orang-orang Yang beriman! jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan Yang dilarang) kerana Sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya Yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya Yang telah mati? (jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadaNya. (oleh itu, patuhilah larangan-larangan Yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.” (Al-Hujurat : 12)


Siapalah kita untuk menilai manusia. Hanya Allah berhak menilai manusia kerana hanya Dia yang mengetahui bisikan hati-hati ciptaanNya itu

"Dan rahsiakanlah perkataanmu atau nyatakanlah. Sungguh, Dia Maha Mengetahui segala isi hati."
[al Mulk, 67:13]

Semoga sedikit peringatan ini dapat membawa kita untuk bermuhasabah kembali serta membaiki hubungan sesama manusia.Bersangka baik dengan rakan-rakan anda dan yang paling penting bersangka baik terhadap Allah.

Wallahua'lam.


“Seandainya engkau menyampaikan keburukan saudaramu, jika itu benar, maka bererti kamu sudah membuka aib saudaramu, dan jika itu salah, maka engkau sudah melakukan fitnah”




Berkorban atau Kalah?

Assalamualaikum

Pernah main catur? 
Tahu tak istilah FORK? 
Fork bermaksud garfu.Garfu?? 
Tetapi di dalam permainan catur, fork adalah taktik yang menggunakan satu buah catur untuk menyerang dua atau lebih buah catur pihak lawan. Ini adalah satu strategi yang effektif untuk mendapat material advantage kerana pihak yang diserang tidak dapat melawan semua ancaman tersebut.Hanya satu buah sahaja yang dapat digerak dan pasti satu buah akan dikorbankan.Sangat tricky untuk pihak yang diserang kerana dia diuji MEMBUAT PILIHAN.

Knight biasanya digunakan untuk taktik ini kerana mempunyai kebolehan yang unik dalam bergerak dan berbeza seperti boleh melompat buah-buah lain.

Contoh fork:


Dari gambar ini,knight sedang menyerang king dan rook."knight is forking the black king and rook"dan pihak yang diserang tidak dapat mempertahankan kedua-dua buah tersebut.Dia diuji MEMBUAT PILIHAN dan dalam situasi ini pihak hitam tiada pilihan.King harus dialihkan.Anda kalah kalau buah King DIKORBANKAN.


Ibrah..
(Ini cuma analogi yang tak seberapa)

Buah rook sangat bernilai.Dengannya anda boleh menguasai satu garis melintang atau menengak.Tetapi,buah King lagilah teramat penting.Kalah atau menang anda dalam permainan ini bergantung padanya.Tujuan permainan catur adalah untuk mempertahankan buah King.

Jadi, bayangkan
Rook adalah harta kita,hiburan kita,,dunia kita.
King adalah deen kita.
Mana yang anda pilih?
Mana yang anda KORBANKAN?
Kita sebenarnya didalam medan permainan.Ada tujuan dan ada yang anda perlu anda pertahankan dan KORBANKAN.Namun,masih ramai yang buta menilai,masih lena dan leka dibuai mimpi yang palsu.Menjadikan dunia sebagai keutamaan.

Dan hakikatnya anda KALAH.

Teringat pesan sahabat aku.Nak tahu sejauh mana cinta kita kepada Allah adalah bila cinta Allah itu bertemu cinta-cinta yang lain.Contoh mudah, bila anda terdengar azan dan waktu itu anda sedang membuat kerja atau bermain,apa yang anda buat? Teruskan kerja tersebut atau pergi ke surau untuk menunaikan solat.Contoh mudah seperti permainan catur tadi tetapi tidak mudah dilakukan bila tiada keinginan untuk BERKORBANKAN.


Jadi apa konklusi anda sekarang?
Korbankan buah "knight"
Ataupun buah"King
yang ada dalam kehidupan kita sekarang?


Semoga akal kita tahu,
Hati kita mahu,
Nafsu kita mampu,
TAHU, MAHU dan MAMPU untuk BERKORBAN dan MEMILIH. 


Sedikit video menarik tentang siapakah itu LOSER oleh Nouman Ali Khan 

 


Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintahNya). Dan (ingatlah), sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi. (Al-Munaafiquun 63:9)




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...