Assalamualaikum
Pernah main catur?
Tahu tak istilah FORK?
Fork bermaksud garfu.Garfu??
Tetapi di dalam permainan catur, fork adalah taktik yang menggunakan satu buah catur untuk menyerang dua atau lebih buah catur pihak lawan. Ini adalah satu strategi yang effektif untuk mendapat material advantage kerana pihak yang diserang tidak dapat melawan semua ancaman tersebut.Hanya satu buah sahaja yang dapat digerak dan pasti satu buah akan dikorbankan.Sangat tricky untuk pihak yang diserang kerana dia diuji MEMBUAT PILIHAN.
Knight biasanya digunakan untuk taktik ini kerana mempunyai kebolehan yang unik dalam bergerak dan berbeza seperti boleh melompat buah-buah lain.
Contoh fork:
Dari gambar ini,knight sedang menyerang king dan rook."knight is forking the black king and rook"dan pihak yang diserang tidak dapat mempertahankan kedua-dua buah tersebut.Dia diuji MEMBUAT PILIHAN dan dalam situasi ini pihak hitam tiada pilihan.King harus dialihkan.Anda kalah kalau buah King DIKORBANKAN.
Ibrah..
(Ini cuma analogi yang tak seberapa)
Buah rook sangat bernilai.Dengannya anda boleh menguasai satu garis melintang atau menengak.Tetapi,buah King lagilah teramat penting.Kalah atau menang anda dalam permainan ini bergantung padanya.Tujuan permainan catur adalah untuk mempertahankan buah King.
Jadi, bayangkan
Rook adalah harta kita,hiburan kita,,dunia kita.
King adalah deen kita.
Mana yang anda pilih?
Mana yang anda KORBANKAN?
Kita sebenarnya didalam medan permainan.Ada tujuan dan ada yang anda perlu anda pertahankan dan KORBANKAN.Namun,masih ramai yang buta menilai,masih lena dan leka dibuai mimpi yang palsu.Menjadikan dunia sebagai keutamaan.
Dan hakikatnya anda KALAH.
Teringat pesan sahabat aku.Nak tahu sejauh mana cinta kita kepada Allah adalah bila cinta Allah itu bertemu cinta-cinta yang lain.Contoh mudah, bila anda terdengar azan dan waktu itu anda sedang membuat kerja atau bermain,apa yang anda buat? Teruskan kerja tersebut atau pergi ke surau untuk menunaikan solat.Contoh mudah seperti permainan catur tadi tetapi tidak mudah dilakukan bila tiada keinginan untuk BERKORBANKAN.
Jadi apa konklusi anda sekarang?
Korbankan buah "knight"
Ataupun buah"King"
yang ada dalam kehidupan kita sekarang?
Semoga akal kita tahu,
Hati kita mahu,
Nafsu kita mampu,
TAHU, MAHU dan MAMPU untuk BERKORBAN dan MEMILIH.
Sedikit video menarik tentang siapakah itu LOSER oleh Nouman Ali Khan
Sedikit video menarik tentang siapakah itu LOSER oleh Nouman Ali Khan
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintahNya). Dan (ingatlah), sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi. (Al-Munaafiquun 63:9) |
April 9, 2011 at 2:52 AM
Terbaik walaupun aku tak pernah tahu apa itu FORK namun setelah membaca post yang puitis ini aku dah faham. Teruskan menulis alang :)
p/s: tp jgn menulis sampai tak study plak.
April 9, 2011 at 2:57 AM
terima kasih fathi..tanpa tunjuk ajar darimu,siapalah aku..
P/s:ajar aku math
April 10, 2011 at 6:40 PM
penulisan yg menarik... :)
April 12, 2011 at 6:28 AM
ak tak paham.camne nk tngok komen2 lain.
April 12, 2011 at 11:19 AM
template dia ni masalah.
June 14, 2011 at 11:23 PM
baru boleh comment -_-
June 14, 2011 at 11:24 PM
great post!
-maaflah tercomment satu satu-
June 20, 2011 at 9:03 AM
owh..sori2..baru merangkak ke dunia bloging..x tahu sgt setting2 ni..haha..bace lah post2 lain..post kertas putih boleh tahan
December 2, 2011 at 7:17 AM
Nice one :)