Sejuk
dan Panas.
Alhamdulillah,selamat
tiba di bumi Soviet Unioun tercinta ini 7 haribulan.Tiba
di sini dan tiba-tiba hilang segala memori-memori cuaca panas di Malaysia dalam fikiran.Secara tiba-tiba. Musim panas yang sepatutnya waktu dan musim yang panas
rupa-rupanya hanya nama sahaja seperti kacang panjang(kacang panjang
tu panjang ke?pendek je kan.haha.minta maaf mengarut).Kat sini sudah di takat 15 darjah celcius ke bawah dan akan
lebih sejuk bila hujan.Boleh jadi 10-9 darjah Celcius.Boleh tahan sejuk dah tu.Mungkin di sini sejuk sangat dan buat aku terlupa tentang apa itu panas.
Tetapi
sewaktu di Malaysia pula, aku boleh lupa rasa sejuk di
Moscow.Ada jugak kawan-kawan yang bertanya , “Sana sejuk macam mana? Secara jujur aku
sedikit blur dan pikir panjang jugak untuk menjawab.Hanya mampu berkata "Sejuk menggigil yang sakit dan tiada istilah sejuk mata memandang waktu musim salji".Mungkin di Malaysia panas sangat dan buat aku terlupa tentang sejuk.
Hakikat Nikmat dan Sengsara.
Teringat
sabda Rasulullah s.a.w.
“Pada Hari Kiamat dibawa seorang penduduk dunia paling nikmat
kehidupannya yang menjadi orang ahli neraka. Dia dicelup ke dalam neraka
satu celupan sahaja, kemudian dia ditanya: “Wahai anak Adam, pernah
engkau melihat kesenangan? Pernah engkau mendapat kenikmatan? Jawabnya:
“Tidak! Demi Allah, wahai Tuhanku!”. Lalu dibawa seorang penduduk dunia
yang paling derita kehidupannya yang menjadi ahli syurga. Dia dicelup ke
dalam syurga dengan satu celupan sahaja, kemudian dia ditanya: “Wahai
anak Adam, pernahkah engkau melihat penderitaan? Pernahkah engkau
mengalami kesusahan? Jawabnya: “Tidak! Demi Allah, wahai Tuhanku!. Aku
tidak pernah melihat penderitaan. Aku tidak pernah mengalami kesusahan”.
(Riwayat Muslim).
Manusia yang merasai seperit-perit derita di dunia boleh lupa segala derita itu bila dicelup ke dalam syurga.
Manusia yang pernah mempunyai segudang kemewahan di dunia boleh lupa segala nikmat itu bila dicelup ke dalam neraka.
Nikmat syurga melupakan kita kepada segala derita dunia, sementara deritanya di neraka melupakan kita kepada segala kenikmatan dunia.
Kerana di dunia ini bukan hakikat nikmat dan derita yang sebenar.
Kerana hanya di akhirat kelak nanti ada sehebat-hebat nikmat,sehebat-hebat derita.
Aku dah merasai sejuk yang teramat di Russia,kadang-kadang sampai negative 20 lebih dan saat itu aku boleh lupa tentang panas,apa rasanya..
Di Malaysia, aku dah rasa panas terik Khatulistiwa lagi-lagi waktu tengah hari dan memang aku lupa semua rasa sejuk di moscow.
Bagi yang pernah lalui mungkin lebih faham.
Begitu juga dengan rasa nikmat dan sengsara.Di sanalah hakikat nikmat dan sengsara yang sebenar.
Ini cuma analogi aku yang tak seberapa je.:)
Di Malaysia, aku dah rasa panas terik Khatulistiwa lagi-lagi waktu tengah hari dan memang aku lupa semua rasa sejuk di moscow.
Bagi yang pernah lalui mungkin lebih faham.
Begitu juga dengan rasa nikmat dan sengsara.Di sanalah hakikat nikmat dan sengsara yang sebenar.
Ini cuma analogi aku yang tak seberapa je.:)
Semoga nikmat yang hakiki yang kita cari,bukan mencari belayan angin nikmat duniawi yang hanya sementara ini.Kena check balik kompas hidup kita ke arah mana sekarang ini.
Apa pun selamat menjalani Sem baru.
Hectic and pathetic.Moscow |
ps:minta maaf guna bahasa pasar.aku memang tak akan aktif dalam dunia blogging ni.