Tuesday, December 2, 2014 6:18 AM Posted by Akmal Sabri

Kisah Darjah Enam




Peristiwa 1

Teringat aku peristiwa lucu di kantin sekolah bersama rakan karib aku ,Anas Maszli. Waktu itu dia khusyuk menjamu makanan dan kemudian dia berhenti...

"Bismillahi awwalahu waakhirahu" dia membaca doa.

"Aik bidaah apa yang ko buat ini Anas" aku tanya.

"Ko nak tahu mal, nabi cakap kalau kita makan tak baca doa, syaitan akan makan sekali dengan kita. Tapi bila kita baca doa , dia akan muntah balik makanan tu.Kan padan muka dia !"

"Owh, gitu ke? ", baru aku paham.
 Ditambah juga rasa kagum dengan semangat kawan aku membenci syaitan. Aku pun tak ingat aku      cuba tak buat cara dia ni. Rasa macam cuba jugak.Tetapi tak pikir pulak macam naif jugak kami waktu tu.


                                     
Peristiwa 2

Cikgu sedang memberi motivasi dalam kelas.

" Kamu semua cuba dalam satu hari tak buat DOSA. Baru rasa tenteram"

Sangat terkesan kata-kata itu pada aku. Sehingga bila selesai sahaja sesi persekolahan hari tu, aku pulang ke rumah sambil berkata pada diri.

" Hari ni aku tak nak buat dosa"


******************

Argh, dosa apa je yang aku buat waktu darjah enam?
Tak naif pulak aku cuba ikut apa yang kawan aku buat tu.
Konon nak main-mainkan syaitan?

Tetapi itu lah hati kita waktu kecik dahulu.
Suci dan bersihnya hati waktu itu.
Bersemangat pula untuk beramal perkara baru.
Kenapa bila dah meningkat dewasa aku jadi berbeza.



ps: Selamat hari -hari untuk diri sendiri. Umur dah 24 tahun dah. Hurmm.
     Umur tak bertambah tetapi berkurang.

Semangat pakai songkok time ni. haha



0 Response to " "

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...